fbpx

Nahas UPSI: Kerajaan Perak rakam ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

PETALING JAYA – Kerajaan Perak merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya mengorbankan 15 individu di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan Perak mendoakan semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh keluarga di atas kehilangan itu.

“Mendapat khabar duka akan tragedi kemalangan yang telah meragut nyawa anak-anak mahasiswa UPSI awal pagi tadi.

“Saya bagi pihak kerajaan Perak merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat.

“Mudah-mudahan Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengangkat mereka dalam kalangan para syuhada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik awal pagi ini.

Difahamkan bas itu dalam perjalanan ke kampus universiti tersebut dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI