fbpx

Nahas UPSI: TPM minta laporan penuh kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua agensi berkaitan memberi laporan penuh mengenai kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi ini.

Menurutnya, beliau meminta laporan penuh berhubung nahas jalan raya yang mengorbankan seramai 15 individu tersebut untuk tindakan susulan yang sewajarnya.

“Saya turut berduka dan bersedih. Kehilangan 15 nyawa muda dalam satu perjalanan ilmu merupakan satu dugaan yang amat besar.

“Sebagai seorang bapa, saya amat terkesan dengan kejadian ini. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang.

“Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi saat yang sukar ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi ini.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan ke kampus universiti itu dari Jerteh, Terengganu.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyeru semua pihak bersabar dan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi melancarkan siasatan.

“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Saya juga mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan segera pulih dan diberi kesembuhan sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI