fbpx

15 maut kemalangan bas bawa pelajar UPSI, Alza di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut membabitkan 42 pelajar UPSI yang menaiki bas dari Jerteh, Terengganu dengan sebuah Perodua Alza di JRTB pagi tadi. - Foto JBPM

GERIK – Seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana Banun menerima panggilan berhubung nahas melibatkan kira-kira 48 mangsa itu pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, anggota APM yang tiba di lokasi pada pukul 2.11 pagi itu mendapati kemalangan membabitkan MPV Perodua Alza dan sebuah bas yang telah terbalik.

“Anggota APM membawa beberapa mangsa yang cedera ke Hospital Gerik. Mereka mengalami kecederaan antaranya patah tangan, patah kaki selain cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai 13 mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. Dua mangsa menerima rawatan di Zon Merah, 20 lagi di Zon Kuning serta enam di Zon Hijau.

Sementara itu, jurucakap UPSI mengesahkan kemalangan tragis tersebut dan memberitahu, seramai 15 pelajar universiti tersebut terkorban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI