fbpx

F1: GP Kanada ‘talian hayat’ Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON perlu memanfaatkan pengalamannya bersaing di Litar Gilles Villeneuve dengan menjuarai GP Kanada minggu ini. - AFP

SEPANYOL – Lewis Hamilton diberi amaran awal menjelang Grand Prix (GP) Kanada minggu ini apabila prestasinya di Ferrari terus goyah meskipun musim sudah memasuki pusingan kesembilan Formula Satu (F1) 2025.

Menurut penganalisis F1, David Croft, perlumbaan di Litar Gilles Villeneuve adalah penanda aras penting buat juara dunia tujuh kali itu, apatah lagi dia pernah menang tujuh kali di situ.

“Jika Hamilton gagal lagi di Kanada, loceng amaran perlu dibunyikan. Ini trek dia, tempat dia menang pertama kali. Kalau dia tenggelam juga, maka Ferrari ada masalah besar,” kata Croft.

Musim sulung Hamilton bersama Ferrari setakat ini jauh daripada jangkaan, selepas menang sprint di China dan perlumbaan kukuh di Imola, dia tenggelam semula di Sepanyol dan diminta memberi laluan kepada rakan sepasukannya, Charles Leclerc sebelum meraih tangga keenam.

“Selepas perlumbaan, dia minta maaf kepada wartawan kami, Rachel Brookes. Katanya mungkin masalah itu bukan pada kereta, tapi dirinya sendiri. Itu cukup menggambarkan betapa kecewanya dia,” tambah Croft.

Penganalisis lain, Karun Chandhok turut menyuarakan kebimbangan terhadap konsistensi Hamilton yang masih belum menemui ‘rentak gembira’ bersama jentera SF-25 sejak menyertai pasukan itu.

“Sudah sembilan pusingan berlalu. Dia masih tercari-cari. Sekejap laju, sekejap tenggelam. Kalau saya jadi Hamilton, saya dah risau,” ujarnya.

Tambahnya, kegagalan menyaingi Leclerc di Monaco dan Sepanyol dengan jurang ketara menunjukkan masih banyak isu dalaman belum diselesaikan Ferrari dari segi tetapan jentera.

Hamilton ketika ini menghuni tangga keenam keseluruhan, ketinggalan 71 mata di belakang pendahulu kejuaraan dan turut berada satu tangga dibelakang Leclerc. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI