fbpx

Penduduk solat sunat Aidiladha dalam kebun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menunaikan solat di kawasan kebun. - TikTok

JAKARTA – Penduduk di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan kebun berlatarkan pemandangan gunung berapi, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Wonosobo dalam daerah Garung semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sttevannzz menunjukkan warga setempat khusyuk menunaikan solat Aidiladha secara berjemaah di celah-celah tanaman. 

Ada antara mereka sanggup melaksanakan solat di atas tanah lembab.

Bahkan, jemaah solat juga bercampur saf lelaki dan wanita. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Banyak lagi tempat yang selesa,” kata seorang netizen. 

“Malu negara luar tengok,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI