fbpx

Iman Aliff terus mengganas di pentas ONE Championship

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGUH muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib terus mengganas apabila melakar kemenangan keempat berturut-turut di pentas ONE Championship.

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib terus membuktikan statusnya sebagai petarung ‘berbisa’ apabila melakar kemenangan keempat berturut-turut di pentas ONE Championship, sejurus menundukkan wakil Maghribi, Elmehdi El Jamari dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, sebentar tadi,

Kemenangan menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) itu bukan sahaja mengekalkan rekod bersih Aliff, malah memadamkan misi peribadi Elmehdi yang turun dengan niat mahu ‘membalas dendam’ atas kekalahan abangnya, Zakaria, di tangan Aliff sebelum ini.

Beraksi dalam kategori strawweight muay thai, Aliff yang memiliki kelebihan menerusi ketinggian tidak menunggu lama untuk melepaskan serangan terutama tendangan padunya.

Pada pusingan pertama, beberapa tumbukan padu dan sepakan deras daripada Aliff berjaya singgah tepat ke muka Elmehdi, memberi amaran awal kepada petarung yang dikenali sebagai “The Sniper” itu.

Aksi menjadi lebih hangat di pusingan kedua apabila kedua-dua petarung saling berbalas serangan. Aliff hampir rebah selepas menerima satu tumbukan padu, namun beliau cekal bertahan untuk menghabiskan pusingan.

Tidak mengendurkan asakan, Aliff kembali garang di pusingan ketiga dengan melepaskan beberapa siri tendangan kencang ke arah rusuk Elmehdi. Walaupun lawan cuba membalas dengan beberapa tumbukan, ia tidak cukup untuk menggugat penguasaan Aliff sehingga loceng penamat dibunyikan.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi reputasi Aliff di pentas antarabangsa, selepas sebelum ini turut melakar kemenangan KO bergaya ke atas Shamil Adukhov pada Februari lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI