KALAU babak air mata, memang Emma Maembong antara pelakon yang mampu menjayakannya dengan cemerlang.
Terbaharu, dia terus dihujani pujian apabila tular video dia sedang melakonkan babak air mata untuk sebuah drama.
Puji pengguna media sosial, Emma antara artis yang perlu dijadikan contoh oleh pelakon baru dalam melakonkan babak sebegitu.
“Air mata bergenang pun sudah boleh rasa emosi sedih itu. Bagus betul Emma.
“Pelakon baru kena contohi Emma, bukannya usaha menangis ambil jengil mata,” usik netizen.
Difahamkan, babak tersebut adalah untuk sebuah drama terbitan Viu berjudul Seadanya Kita yang bakal bersiaran tidak lama lagi.