PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur dilaporkan sesak apabila orang ramai mula bertolak pulang ke kampung bercuti menjelang Hari Raya Aidiladha.
Tinjauan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 4.30 petang tadi mendapati aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan terutama di kawasan Genting Sempah berikutan pertambahan jumlah kenderaan.
Bagaimanapun, keadaan trafik masih terkawal ketika ini.
Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 masih lancar.
Di Lebuh Raya Utara-Selatan pula, berlaku peningkatan jumlah kenderaan menyebabkan kesesakan sepanjang 135 kilometer di Seberang Jaya. – KOSMO! ONLINE