fbpx

Peniaga kecil makanan. minuman dibenar guna LPG bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan. - Foto IHSAN KPDN

PUTRAJAYA – Peniaga mikro dan kecil bagi jualan makanan dan minuman dibenarkan menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) bagi keperluan premis perniagaan sendiri sementara pindaan peraturan berkaitan dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, dalam tempoh pindaan itu, tiada tindakan undang-undang diambil ke atas peniaga tersebut.

Katanya, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meluluskan syor KPDN supaya melaksanakan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 yang sebelum ini diluluskan kerajaan terdahulu berkuat kuasa 15 Oktober 2021.

“(Sementara tempoh pindaan) peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman dibenarkan mendapatkan bekalan tong LPG bersubsidi tanpa keperluan permit barang kawalan berjadual,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di sini hari ini.

Menurut Armizan, PPKB (Pindaan) 2021 itu sebelum ini menetapkan sekatan had kepada peniaga bagi pemilikan dan penggunaan LPG melebihi 42 kilogram (kg) pada satu-satu masa yang memerlukan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Katanya, antara teras pindaan yang akan dibuat adalah mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar.

“Ini termasuk mewujudkan kejelasan undang-undang (clarity of law) untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan,” katanya.

Armizan berkata, semakan dan pindaan PPKB (Pindaan) 2021 akan diselaraskan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN.

Katanya, ia turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan selain mendapatkan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh.

Pada masa sama, kata beliau, gerak kerja membanteras ketirisan yang melibatkan aktiviti haram decanting dan penggunaan oleh industri melalui Op Gasak akan diteruskan.

“Aktiviti haram decanting adalah pemindahan daripada tong bersubsidi kepada tong tidak bersubsidi termasuk penguatkuasaan ke atas penggunaan oleh industri akan diteruskan.

“Sasaran kita pindaan ini dapat dimuktamadkan sebaik sahaja Op Gasak selesai pada 31 Oktober ini,” katanya. – KOSMO! ONLINS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI