fbpx

Presiden Guinei-Bissau lawat Malaysia, perkukuh kerjasama pelbagai bidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umaro Sissoco

PUTRAJAYA- Presiden Guinea-Bissau, Jeneral Umaro Sissoco Embalo mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini yang mana ia merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini sejak memegang jawatan berkenaan pada Februari 2020.

Menurut Kementerian Luar, Embalo akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, diikuti dengan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perbincangan akan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan pembangunan kapasiti.

“Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Embalo dan delegasi seterusnya akan diraikan Perdana Menteri dengan menghoskan jamuan tengah hari rasmi di Kompleks Seri Perdana.

Wisma Putra berkata, Malaysia dan Guinea-Bissau telah menjalin hubungan diplomatik pada November 1974.

Jelasnya, hubungan dua hala antara kedua-dua negara adalah baik, terutamanya komitmen bersama terhadap kerjasama di peringkat dua hala dan pelbagai hala.

“Ini seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

“Pada tahun lalu, jumlah dagangan Malaysia dengan Guinea-Bissau telah mencapai RM4.1 juta, dengan nilai eksport Malaysia ke Guinea-Bissau sebanyak RM4.04 juta dan import berjumlah RM0.06 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI