fbpx

Tengku Zafrul letak jawatan dalam UMNO, umum sertai PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahliannya dalam parti itu yang dianggotainya sejak 1997.

Tengku Zafrul dalam satu kenyataan memaklumkan surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti.

Menurut beliau, tindakan meninggalkan UMNO bukanlah satu keputusan yang mudah, memandangkan parti tersebut merupakan satu-satunya wadah politik yang disertainya sepanjang lebih dua dekad.

“Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat saya daripada dalam dan luar parti termasuk dari Presiden sendiri,” katanya.

Tengku Zafrul menjelaskan keputusan itu dibuat setelah melalui proses muhasabah diri yang panjang, dengan mengambil kira faktor keserasian dan kesesuaian dalam landskap politik semasa.

Dalam kenyataan yang sama, Tengku Zafrul turut mengumumkan hasrat beliau untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya telah menyatakan niat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat kepada Presiden dan Setiausaha Agung. Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak memberi saya sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO.

“Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI