fbpx

Suami mahal makan masakan hangit isteri, tidak merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dalam kesibukan dunia maya menonjolkan sisi negatif seorang lelaki, para isteri perlu sedar bahawa wujud suami luar biasa dan merelah wira sebenar dalam rumah tangga.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu perkongsian di Facebook menceritakan beberapa ciri serta tindakan golongan suami yang mungkin kurang diperhatikan oleh para isteri sehingga ada kalanya disalah tafsir.

“Selalu nampak silap lelaki, tapi kita lupa ada ciri-ciri suami sangat baik yang kita jarang sedar dan hargai. Dia makan makanan yang isteri masak walaupun hangit, tetapi habis.

“Dia tolong jaga anak walau penat balik kerja tak berkira. Dia diam bila isteri marah bukan sebab salah, tapi sebab tak mahu keruhkan,” kata PHM.

Menurut PHM, ramai isteri mungkin tidak menyedari, bahawa suami yang tidak merokok atau menghisap vape sebenarnya menyimpan sifat-sifat luar biasa yang wajar dihargai.

“Walaupun semua kawan-kawan dia buat, dia tetap tidak buat. Dia tak pandai romantik, tapi dia selalu pastikan pintu rumah berkunci sebelum tidur dan minyak kereta isteri sentiasa cukup,” jelas PHM.

Kata PHM, lelaki begini tidak pernah menjadi tajuk utama atau ‘trending’ di media sosial, tetapi mereka sentiasa usaha untuk menjaga isteri dan keluarganya.

“Lelaki begini tak viral, tak trending. Tapi dialah pelindung yang sentiasa ada. Dia mungkin tak sempurna, tapi dia usahakan segalanya,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI