fbpx

Lepas yang botak, Leona tertarik dengan lelaki Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona kini meminati lelaki Sepanyol.

PETALING JAYA – Peluang bercuti dan menjelajah Sepanyol membuatkan pempengaruh Leona lebih tertarik terhadap lelaki berasal dari negara itu.

Susulan itu, Leona atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona Azhar, 23, mahu mempelajari bahasa Sepanyol selain enggan meneruskan pembelajaran Mandarin.

“Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin sebab saya kini lebih meminati lelaki Sepanyol.

“Jadi, saya akan belajar bahasa Sepanyol,” katanya dalam perkongsian TikTok.

Difahamkan, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu kini melancong di Sepanyol sendirian selepas menghabiskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di University of Bath, United Kingdom.

Dia juga memaklumkan sudah dua tahun menyimpan hasrat menjelajah negara yang cantik itu.

Sebelum ini, Leona mengakui tertarik dengan lelaki berusia dan jika botak pun tiada masalah kerana merasakan orang muda tidak matang.

Dia juga pernah melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan beberapa lelaki yang pernah berjanji temu (dating) dengannya sebagai sampah.

Perkara tersebut juga mula membuatkan dirinya bimbang sekiranya tidak bertemu dengan lelaki yang diidam-idamkan sebagai suami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI