fbpx

Saya masih teringat memori bersama Muammar – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fariha berkata, dia dan suami mengakui masih bersedih dan kini dalam fasa untuk menerima pemergian anak tercinta.

KUALA LUMPUR – “Saya sudah reda dengan pemergian anak namun rasa sedih masih ada.”

Demikian luah Nur Farihah Meor Mazli, 29, selepas anaknya, Muammar Adli berusia tujuh bulan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia, kelmarin.

Nur Fariha berkata, dia dan suami mengakui masih bersedih dan kini dalam fasa untuk menerima pemergian anak tercinta.

“Saya masih teringat memori bersama (Muammar). Cuma saya sentiasa ingatkan diri bahawa anak ini adalah pemberian Allah dan dia berhak ambil semula.

“Bayi kecil masih tidak berdosa. Itu yang menjadi pujukan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nur Farihah berkata, dia berharap agar pihak berwajib menjalankan siasatan telus demi keadilan anaknya.

Difahamkan, bayi tersebut dihantar ke taska berkenaan sejak Mac lalu.

Terdahulu, Muammar ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.08 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI