fbpx

Maut ditembak rakan ketika berburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SRI AMAN – Disangka babi hutan, seorang lelaki meninggal dunia akibat ditembak oleh rakannya ketika memburu di kawasan Hutan Sungai Dor, Melugu di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah terkena tembakan di bahagian kepala ketika suspek, 46, yang juga rakan memburu mangsa melepaskan tembakan ke arah seekor haiwan yang disangka babi hutan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek turut didapati tidak memiliki lesen senjata api yang sah untuk memburu di kawasan tersebut.

Justeru, Dennis berkata pihaknya merampas selaras senapang patah yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 30 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 304A Kanun  Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, serta disiasat di bawah Akta
Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen yang sah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI