fbpx

Cubaan bunuh?Presiden Russia balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Putin duduk di dalam sebuah helikopter. - Foto AFP

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin didakwa menjadi sasaran cubaan bunuh ketika beliau menaiki helikopter untuk melawat wilayah Kursk di Russia, lapor portal berita NDTV semalam.

Seorang pegawai Kremlin berkata, helikopter Putin menjadi sasaran gerombolan beratus-ratus  dron Ukraine pada Selasa minggu lalu. 

Agensi berita RBC memetik komander unit pertahanan udara Russia, Yuriy Dashkin sebagai  berkata, Moscow  berjaya memintas dan memusnahkan dron-dron tersebut.

“Semua dron berjaya dimusnahkan sebelum sampai ke laluan penerbangan Putin,” katanya. 

Menurut Dashkin, bermula  dari 20 hingga 22 Mei lalu,  dron-dron dari Ukraine menyerang Russia secara besar-besaran.

Tambahnya, unit pertahanan udara Moscow memusnahkan sebanyak 1,170 dron Ukraine. 

Beliau berkata, semasa lawatan Putin ke Kursk pada 20 Mei lalu, berlaku serangan udara besar-besaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dari Ukraine dengan Russia menembak jatuh 46 dron.

Susulan peristiwa itu, Putin melancarkan serangan udara besar besaran ke atas Ukraine selama 4 hari berturut-turut.

Dalam serangan itu, beratus-ratus dron dan peluru berpandu Kremlin menyasarkan bandar- bandar utama khususnya Kyiv.

Serangan itu mengejutkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menggelar Putin sebagai tidak siuman.- habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI