fbpx

Lelaki marah wanita jentik lipas kesayangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menjerit selepas lipas kesayangannya dijentik. - Facebook

BANGKOK – Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor lipas gergasi yang dia jentik daripada kepala seorang pelancong adalah haiwan peliharaan pelancong berkenaan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook oleh akaun @ArthParkash memaparkan wanita itu menghampiri pelancong terbabit selepas ternampak seekor lipas hinggap di atas kepalanya. 

Tanpa berfikir panjang, dia menjentik serangga tersebut. 

Wanita itu  bagaimanapun terkejut apabila lelaki itu menjerit dan berkata, lipas itu adalah ‘haiwan’ kesayangannya. 

Pelancong berkenaan marah dan bergegas mencari lipasnya. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Anda (pelancong berkenaan) perlu pasangkan tali di tempat awam,” kata seorang netizen. 

“Nasib baik bukan di China. Lipas itu boleh dijadikan makanan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI