fbpx

‘Balik mahkamah mereka makan kek, saya akan ingat sampai bila-bila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen bekas suami kepada guru wanita tersebut.

PETALING JAYA – “Saya bekas suami dia. Hari ini 26 Mei 2025 ambil sijil cerai. Sakit memang sakit, malu memang malu. Hidup kena teruskan.”

Demikian luahan seorang lelaki didakwa bekas suami kepada guru wanita yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan individu yang berstatus suami orang.

Lelaki dikenali sebagai Muhammad Azraf itu berkata, bekas isterinya menjalin hubungan sulit sewaktu dalam tempoh perkahwinan lagi.

Paling menyayat hati, katanya, selepas melafazkan talak di mahkamah pada 24 Februari lalu, wanita itu sempat keluar makan bersama kekasih yang didakwa adalah suami orang.

“Mulanya (kami) bersetuju untuk bercerai (mengikut) Seksyen 47, tetapi semasa bicara saya minta hakim untuk menukar cerai secara nusyuz. Hakim minta supaya bincang semula.

“Hasil perbincangan dia (bekas isteri) tetap nak diceraikan hari itu juga, tapi dia gugurkan untuk tuntut nafkah idah, mutaah dan hal tertunggak sekiranya ada.

“Balik mahkamah mereka bersua pergi makan kek. Saya akan ingat sampai bila-bila kejadian itu,” katanya.

Cerita lelaki itu, dia berkenalan dengan bekas isterinya sejak dari tadika dan kawan-kawan mereka juga saling mengenali antara satu sama lain.

Muhammad Azraf memberitahu, dia memerlukan masa untuk reda dengan takdir yang ditentukan sebelum emosi pulih sepenuhnya.

“Hari ini hari yang saya tunggu. Saya bukan suami dia lagi. Tak perlu dah angkat telefon kawan, jiran dan kenalan.

“Saya harap suami pertama (perkahwinan terdahulu) dia reda. Saya perlu waktu untuk reda. Semoga reda atas dia nanti, Allah reda ke atas saya,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang guru wanita menjadi mangsa kecaman selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar apabila wanita yang dipercayai isteri juruelektrik terbabit memuat naik tangkap layar perbualan berunsur lucah antara suaminya dan guru berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantaran lain di TikTok, guru wanita berkenaan dipercayai bersemuka dengan isteri juruelektrik tersebut sambil merayu agar diberikan peluang kedua untuk dimaafkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI