fbpx

Setiap keputusan, ambil kira suara rakyat ASEAN – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Sesi Libat Urus pemimpin ASEAN bersama Wakil-Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di KLCC hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suara rakyat ASEAN yang dizahirkan melalui wakil rakyat yang mereka pilih, mestilah diambil kira dalam setiap keputusan yang membentuk rantau ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapan pembukaan Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin ASEAN Bersama Wakil-Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN-AIPA Interface) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beliau yang juga Pengerusi ASEAN berkata, ketika ASEAN melangkah ke babak seterusnya dalam Pembinaan Komuniti, AIPA akan menjadi rakan yang penting untuk memudah cara pencapaian aspirasi rakyat.

“Selain itu, AIPA memacu kemajuan dalam tiga tonggak utama dan mempertingkat kesiapsiagaan dan daya tahan ASEAN.

“Justeru peluang untuk merenung kembali tema ‘Parlimen Menerajui Pertumbuhan Terangkum dan ASEAN yang Mampan’ amat bertepatan pada waktunya,” katanya hari ini.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan komitmen berterusan AIPA dalam hal-hal seperti keterjaminan makanan, perubahan iklim, transformasi digital dan pembangunan ekonomi yang inklusif.

Kosmo! melaporkan, ASEAN-AIPA Interface yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN merupakan tanda komitmen ASEAN untuk mengukuhkan sinergi institusi antara cabang eksekutif dan legislatif di seluruh rantau ini.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam kenyataan sebelum ini, mesyuarat tersebut merupakan sesi dialog khusus antara ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN bersama dengan speaker, timbalan speaker serta wakil-wakil Parlimen di bawah AIPA.

Sesi berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan menyaksikan penyampaian Mesej AIPA oleh Presiden AIPA merangkap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI