fbpx

Murid trauma didakwa diherdik guru depan rakan-rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan guru yang memarahi seorang pelajar menyebabkan trauma untuk ke sekolah.

PETALING JAYA – Seorang murid perempuan tahun tiga trauma untuk hadir ke sekolah selepas didakwa diherdik guru di hadapan khalayak ramai.

Satu klip berdurasi dua minit yang dimuat naik oleh ibu kanak-kanak terbabit di laman Instagramnya memaparkan kejadian tersebut.

Turut dikongsikan tangkap layar perbualan ibu murid tersebut yang menunjukkan hasratnya untuk bertemu dengan guru berkenaan bagi berbincang secara baik.

Namun, guru terbabit dilihat tidak mengendahkan perkara tersebut, sebaliknya menghantar video dirinya bersama beberapa guru lain yang mengherdik serta memaksa kanak-kanak itu untuk berkata jujur.

“Selepas ini, jangan buat lagi serta tuduh cikgu seperti ini. Kalau awak tidak mahu ke sekolah, awak beritahu mak awak tapi jangan tuduh cikgu,” kata guru tersebut dalam klip berkenaan.

Difahamkan, video itu dihantar kepada ibu murid berkenaan sebagai bukti bahawa dakwaan yang dibuat oleh anaknya adalah tidak benar.

Katanya, dia kesal dengan tindakan guru berkenaan yang mengabaikan mesej dan aduannya, meskipun telah cuba berunding secara baik.

“Macam tidak ada penghujung, apa salah Lisa,” luahnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa geram akan tindakan guru tersebut kerana mengaibkan pelajar itu.

“Menyampahlah cikgu terjerit macam ini, nak jerit macami tu sila buat dekat muka laki dan anak kau. Siap tuding jari lagi macam itu, rakam untuk tunjukkan diri tak salah, tapi dia tidak tahu orang menyampah dengan cikgu macam ini. Ibu bapa pernah pergi sekolah lah cikgu, kita dulu kecil pun kita tahu beza mana cikgu yang baik mana yg tak baik,” komen @Alnrra_.

“Kalau saya, lebih baik tukar sekolah. Kesian dekat anak. Walaupun anak betul atau anak salah sebab dijadikan mangsa dekat cikgu itu, sampai bila-bila akan ada masalah,” balas @Natasya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI