fbpx

Malaysia komited angkat martabat ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyambut ketibaan para pemimpin negara anggota ASEAN pagi ini.

PETALING JAYA – Malaysia komited menerajui Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan semangat kesepakatan, keberanian dan visi yang jelas bagi terus mengangkat martabat ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini di Kuala Lumpur, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelosok rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan para pemimpin negara anggota ASEAN sebelum memulakan mesyuarat rasmi pertama di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini.

“Sebagai tuan rumah, Malaysia komited untuk menerajui ASEAN dengan semangat kesepakatan, keberanian dan visi yang jelas bagi terus mengangkat martabat ASEAN, dihormati di persada dunia dan menjadi kebanggaan bersama rakyat rantau ini,” katanya dalam satu hantaran di X hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, sidang tersebut menjadi medan utama para pemimpin ASEAN untuk menilai perkembangan rantau ini dalam tiga aspek utama, iaitu politik dan keselamatan, ekonomi, serta sosio budaya.

Katanya, sidang berprofil tinggi itu turut memberi ruang kepada perbincangan mendalam mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang semakin kompleks. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI