fbpx

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 tonjol kepimpinan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 bukan sahaja penting daripada segi dasar, tetapi juga menonjolkan peranan kepimpinan Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, peranan kepimpinan Malaysia adalah dalam membina ASEAN yang lebih bersatu, stabil dan berdaya tahan.

“Dengan pengesahan dokumen-dokumen strategik, termasuk pelan tindakan baharu di bawah setiap tunjang Komuniti ASEAN,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohamad berkata, Malaysia juga akan menyambut para pemimpin ASEAN dan dunia di Kuala Lumpur pada akhir Mei ini.

Ujar beliau, ia akan memperlihatkan keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah yang berwibawa dan mesra.

Terdahulu, beliau berkata, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 sangat penting kerana ia bakal menetapkan hala tuju serantau.

Jelas beliau, hala tuju serantau tersebut adalah untuk dua dekad akan datang menerusi Visi Komuniti ASEAN 2045.

“Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 membawa tema Keterangkuman dan Kemampanan.

“Menekankan bahawa kemajuan mesti dikongsi bersama tanpa ada yang terpinggir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI