fbpx

Terbengkalai lepas hajat, ular sawa melingkar dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular sawa melingkar dalam mangkuk tandas. - Foto Khaosod

BANGKOK – Seorang pengguna Facebook di Thailand  berkongsi klip video memaparkan seekor ular sawa besar melingkar dalam mangkuk tandas di rumahnya, lapor portal berita Thaiger hari ini. 

Lelaki itu berkata, dia ketakutan selepas menemui ular sawa tersebut.

“Mulai sekarang, ia akan menjadi sedikit menakutkan,” katanya.

Tidak lama selepas itu, lelaki sama mengemas kini maklumat apabila memberitahu angota-anggota penyelamat tiba pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) untuk menangkap dan mengeluarkan ular tersebut dengan selamat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota penyelamat yang datang membantu.

“Jika bukan kerana kamu semua, saya benar-benar tidak akan tahu apa yang perlu dilakukan,” tulisnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI