fbpx

19 tahun terasing, SRK, Rani kembali ‘bercinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANI MUKERJI dan Shah Rukh Khan.

HAMPIR  dua dekad tidak digandingkan bersama dalam mana-mana filem, akhirnya Shah Rukh Khan (SRK) dan Rani Mukerji bakal bergandingan menerusi filem baharu berjudul King.

Namun, gandingan mereka bukanlah sebagai pasangan hero dan heroin sebaliknya Rani hanya akan membuat kemunculan istimewa dalam filem tersebut.

Selain Rani, King turut dibintangi anak SRK sendiri, Suhana Khan dan Deepika Padukone.

Kali terakhir SRK dan Rani digandingkan dalam filem adalah menerusi filem Kabhi Alvida Na Kehna yang ditayangkan pada 2006.

‘Reunion’ pasangan itu sudah menjadi bualan ramai terutamanya peminat-tegar mereka. Masing-masing merindui gandingan serasi yang telah bermula sejak filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI