JOHOR BAHRU – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke Hotel Berjaya Waterfront, di sini pada pukul 12.05 tengah hari bagi melunaskan tanggungjawab dalam Pemilihan PKR Peringkat Pusat, hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri disambut ribuan perwakilan yang telah berada di pekarangan hotel seawal pukul 8 pagi.
Turut hadir bersama, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Ketibaan pasangan itu turut disambut dengan laungan reformasi oleh sebilangan perwakilan lain. – KOSMO! ONLINE