KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu mencontohi tiga parti yang berjaya memerintah di Kanada, Singapura dan Australia selepas pilihan raya umum (PRU) di negara masing-masing baru-baru ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti yang berjaya memerintah di ketiga-tiga negara itu adalah merupakan parti yang cukup banyak diuji dengan pelbagai masalah namun akhirnya berjaya memerintah negara mereka.
“Ketiga-tiga parti memerintah itu adalah parti yang mempunyai pelbagai masalah seperti apa yang kita (BN) hadapi, namun akhirnya mereka boleh memerintah dengan mejoriti yang begitu membanggakan.
“Itulah yang kita perlu pelajari dari kemenangan ketiga-tiga parti di tiga negara ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti,” katanya ketika memberi ucap tama Majlis Perasmian BN Forum Ke-4: Apa yang boleh kita belajar dari PRU Kanada, Singapura dan Australia di Menara Dato’ Onn malam ini.
Tambah Ahmad Zahid, tokoh-tokoh yang dipilih memenangi PRU masing-masing mendapat kerusi yang cukup tinggi bagi membentuk kerajaan malah undi popular juga turut menyebelahi mereka.
“Peningkatan ini didapati menggunakan pendekatan berbeza, bukan lagi secara konvensional dan konsovetif dan mereka tidak boleh lari dengan menggunakan sosial media sebagai mode of communication untuk sampai ke kumpulan sasaran.
“Jadi pengajaran yang dapat dilihat melalui PRU ketiga-tiga negara ini, peruabahan isu dan sentimen mengundi itu dilayani disantuni oleh parti yang mendapat kemenangan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.