fbpx

EPL: Arsenal buru khidmat Rodrygo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRYGO dilapor kecewa ekoran gagal mendapat minit permainan yang lebih bersama Real ketika ini. - AFP

LONDON – Dalam usaha menyelesaikan masalah di bahagian jentera serangan, Arsenal sedia untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas nanti dengan mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Rodrygo.

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Santiago Bernabeu selepas mengharungi musim cukup mencabar selain kecewa apabila hanya dianggap sebagai pemain sokongan kepada Kylian Mbappe dan Vinicius Junior.

Justeru, situasi yang dialami Rodrygo membuatkan pengurus Arsenal, Mikel Arteta mula memantau perkembangannya dan sedia mengambil kesempatan dengan menyambar khidmatnya bagi memperkasakan jentera serangan The Gunners.

Walaupun sekadar menjaringkan enam gol pada saingan musim ini, namun pemain berusia 24 tahun itu memiliki rekod cukup baik bersama Real apabila sudah meledak 68 gol selain melakukan 50 umpanan dalam 268 penampilan.

Bagaimanapun, hasrat Arsenal bagi membawa Rodrygo ke Stadium Emirates bukan sesuatu yang mudah memandangkan Real hanya akan melepaskan pemain itu sekiranya mendapat bidaan bermula daripada £84 juta (RM480.50 juta).

Keadaan makin sukar buat The Gunners memandangkan mereka memiliki dana cukup terhad untuk jendela perpindahan musim panas nanti, lebih-lebih lagi sudah melengkapkan perpindahan Martin Zubimendi dengan nilai £50.6 juta (RM289.44 juta).

Sementara itu, mereka juga berdepan persaingan sengit daripada dua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea yang memiliki sumber kewangan cukup kukuh bagi mendapatkan Rodrygo. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI