PETALING JAYA – Selepas tujuh hari mendiamkan diri, pempengaruh Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk failkan tuntutan pengesahan perceraian terhadap isterinya, Siti Jamumall.
Khairul Aiman, 22, berkata, dia perlu mengambil masa untuk bertenang dan mengelak daripada menjadikan situasi lebih tegang.
“Saya ambil sedikit masa untuk mencari peguam dan juga mendapatkan sokongan dana bagi melantik peguam.
“Saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin memburukkan lagi hubungan antara saya dan Siti,” katanya. – KOSMO! ONLINE