fbpx
Orang Asli mengangkat motosikal untuk mengharungi Sungai Balar selepas jambatan sementara kedua yang dibina runtuh di Pos Balar, Gua Musang.

Angkat motosikal menyeberang sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini, menggesa kerajaan menyegerakan projek pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan besi yang runtuh lebih dua bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Hanan Anjang berkata, penduduk telah sendiri membina jambatan sementara, namun struktur binaan tidak kukuh, menyebabkannya runtuh di­hanyutkan arus Sungai Balar.

Katanya, jambatan sementara yang dibina kali kedua juga telah runtuh pada Ahad lalu.

“Ia menyebabkan penduduk Orang Asli yang ingin keluar ke Bandar Gua Musang terpaksa mengangkat motosikal beramai-ramai bagi merentasi sungai itu,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga tidak dapat menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Balar sejak Ahad lalu kerana tidak mahu mengambil risiko mengharungi Sungai Balar.

Katanya, penduduk berharap jambatan baharu dapat disegerakan pembinaannya untuk keselesaan penduduk di penempatan terbabit.

“Kami sudah berputus asa untuk membina semula jambatan kerana bimbang akan runtuh lagi,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya berharap jambatan baharu dapat segera dibina.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata, proses perolehan untuk lantik kontraktor sedang dalam proses bagi membina jambatan baharu untuk kemudahan penduduk Orang Asli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN