fbpx

Pegawai AADK mengaku tidak bersalah terima rasuah RM2,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (baju biru) mengaku didakwa di Mahkamah Sesyen Labuan hari ini atas tujuh pertuduhan menerima rasuah.

LABUAN – Seorang penolong pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Labuan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan rasuah sebanyak RM2,100.

Tertuduh, Abd Gani @ Ghani Keruput, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tuan Jason Juga.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang melalui transaksi dalam talian ke akaun miliknya yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh sebagai Ketua Daerah AADK Labuan.

Bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joe Randy Juster manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM1,000 terhadap kesemua pertuduhan bercagar dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat bermula sebanyak dua bulan sekali.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI