fbpx

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang akan melanda 11 negeri hingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kawasan yang terlibat di Kedah adalah Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling, manakala di Perak pula kawasan yang terjejas ialah (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di negeri Kelantan pula kawasan yang mengalami cuaca buruk ialah Jeli dan Gua Musang, manakala Terengganu hanya di Hulu Terengganu.

“Cuaca buruk juga melanda Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin,” kata MetMalaysia.

Selain itu, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, hujan lebat dijangka melanda Sabak Bernam dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta di Johor pula kawasan terjejas adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Kawasan yang dijangka melanda ribut petir di Sarawak adalah Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) manakala di Sabah, Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI