fbpx

Rumah pusaka terbakar ketika keluar ke farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurlaila Haziqah melihat keadaan rumahnya yang terbakar di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD.NAWI.

KOTA BHARU – Seorang pesakit kencing manis dan buah pinggang kronik tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka keluarganya terbakar hanya selepas 20 minit dia dan suami keluar dari kediaman mereka di Kampung Pangkal Pisang, Peringat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Nurlaila Haziqah Ismail, 37, dan suaminya Mohd. Asri Rasid, 40, tiada di rumah kerana keluar membeli pembalut luka di sebuah farmasi sebelum dihubungi oleh seorang penduduk yang memaklumkan rumahnya terbakar.

“Saya dan suami bergegas pulang dan mendapati api sedang marak membakar rumah pusaka tinggalan ibu bapa yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.Saya hanya mampu melihat api sedang marak dan tidak dapat menyelamatkan barangan di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Nurlaila Haziqah memberitahu, dia tiada tempat berteduh dan terpaksa menumpang di rumah saudara berdekatan.

Menurutnya, dia yang menghidap dua penyakit itu sejak 14 tahun lalu dan suaminya bekerja kampung tidak mampu untuk membina rumah baharu.

“Saya mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada litar pintas kerana penduduk kampung memaklumkan api bermula dari bumbung di ruang tamu rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI