fbpx

Tanah runtuh: Jalan Gua Musang-Kuala Krai dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang dibersihkan oleh pihak syarikat konsesi semalam. FOTO MEDIA SOSIAL

GUA MUSANG – Cerun runtuh di laluan Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk di sini telah dibersihkan oleh pihak konsesi Projek Lingkaran Tengan Utama (LTU) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laluan terbabit dibuka semula kira-kira pukul 10 malam bagi membolehkan kenderaan yang terkandas melalui jalan berkenaan.

Katanya, pihak syarikat konsesi telah melakukan kerja pembersihan tanah runtuh akibat hujan lebat menggunakan jentera jengkaut.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu pihak konsesi membersihkan sisa lumpur tanah runtuh. Laluan kedua-dua arah telah dibuka pada pukul 10 malam tadi untuk semua kenderaan,”katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI