fbpx

Polis jumpa petunjuk, suspek kes simbah asid pemilik spa akan dicekup hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahrul Ikhwan menunjukkan pintu masuk premis spa dan salun kecantikan yang dikendalikan oleh isterinya (Nor Farieza) di Beris Kubur Besar, Bachok semalam.

KOTA BHARU – Polis sudah menjumpai petunjuk sekali gus akan membawa kepada penangkapan suspek yang dipercayai menyimbah asid ke arah seorang pemilik spa dan salun kecantikan di Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya akan menjalankan tangkapan hari ini terhadap suspek yang disyaki melakukan perbuatan sehingga mangsa yang berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang badannya.

“Polis sudah menjumpai petunjuk dalam kes ini. Selepas tangkapan suspek dibuat, baru kita akan tahu motif sebenar kes tersebut.

“Jadi, kita akan membuat tangkapan terhadap suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya sebelum ini sudah memanggil beberapa saksi termasuk individu yang berada di lokasi kejadian untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, tindakan empat suspek memakai purdah yang menyimbah asid ke arah pemilik spa dan salun kecantikan, Nor Farieza Muda, 27, di Beris Kubur Besar di sini pada Sabtu lalu dipercayai telah dirancang rapi dengan mangsa sendiri menjadi sasaran utama.

Suami mangsa, Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, 33, dilaporkan berkata, salah seorang suspek juga memang menyasarkan untuk menyimbah asid ke arah muka isterinya, namun berjaya dielak sebelum cecair itu terkena bahagian belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI