fbpx

‘Jenazah, muka dan tubuh Abe Loh cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM (kanan) sempat bergambar bersama tiga rakan sebiliknya sebelum dia rebah ketika melakukan tawaf sunat di Masjidil Haram, Mekah semalam.

MEKAH – Jenazah jemaah haji kedua Malaysia, Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Masjidil Haram, di sini selepas selesai pusingan kelima tawaf sunat dikatakan berada dalam keadaan cantik ketika dimandikan semalam.

Rakan sebilik Allahyarham, Ashri Mohamed, 52, berkata, selain dia dan arwah, tiga lagi rakan sebilik mereka iaitu
Napi Ab. Kadir, 59; Mazlan Mahasan, 55, dan Aziz Isa, 63, ke masjid kira-kira pukul 2.30 pagi bagi menunaikan tawaf sunat.

“Ketika kami bertawaf pada pusingan kelima, Abe Loh (Allahyarham Abdullah) berjalan semakin perlahan dan perlahan. Apabila melepasi lampu hijau di aras 1 Masjidil Haram, pergerakannya bertambah perlahan.

“Saya memang sentiasa di belakangnya, ketika itu kira-kira dua langkah sahaja. Apabila saya lihat dia mahu tumbang terus saya sambut badannya. Kepalanya betul-betul atas riba saya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ashri yang mengenali arwah sejak tiba di Madinah sebelum ini melihat rakan sebiliknya itu mula kekejangan di muka dan badan.

“Ketika itu saya ingat lagi azan subuh berkumandang selepas seminit arwah rebah. Abe Loh sempat diberikan bantuan pernafasan oleh jemaah asing yang merupakan doktor.

“Abe Loh kemudian dibawa ke Hospital Jiwar, Jabal Omar, di sini. Dia dibawa menaiki ambulans, manakala saya menaiki kenderaan askar ke hospital tersebut,” katanya selain menambah Abe Loh disahkan meninggal dunia di hospital selepas subuh.

Ujarnya, walaupun pertemuan mereka agak singkat, namun mereka mesra antara satu sama lain dan faham akan hati budi masing-masing selain sempat menabur jasa terakhir dengan memandikan jenazah Abe Loh.

“Saya sempat membantu mutawif memandikan jenazah Abe Loh. Saya lihat wajahnya, alhamdulillah sampai dia meninggal tiada perubahan, mukanya, tubuh badan dia cantik,” katanya yang sempat menemani jenazah Abe Loh ke perkuburan.

Mengulas mengenai perkara yang tidak boleh dilupakan berkait sifat-sifat Abe Loh, Ashri berkata, Allahyarham adalah seorang yang gemar bersedekah selain minat merakam gambar menggunakan telefon bimbitnya.

“Sebelum bertawaf kami sempat minum air zamzam sama-sama. Malah saya sempat merakam gambar empat ahli bilik bersama Abe Loh.

“Apabila bergambar, antara kata-kata sering diucapkan arwah adalah mahu simpan gambar itu sebagai kenangan,” tambahnya.

Abdullah merupakan jemaah kedua Malaysia yang meninggal dunia di Mekah dengan kes pertama membabitkan mangsa wanita, Norizah Tambunan Nordin, 47, pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI