fbpx

Budak perempuan hanyut jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak bomba di lokasi kejadian.

AMPANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan terjatuh dalam longkang sebelum dihanyutkan air di hadapan dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kampung Cheras Baru, di sini petang tadi.

Kejadian mencemaskan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.07 petang.

Pada awalnya, mangsa dipercayai terjatuh bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu sempat berpaut pada paip dalam longkang sebelum diselamatkan orang awam.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dijalankan oleh pihak bomba dan polis di sepanjang longkang berkenaan termasuk di Cheras.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, operasi SAR dihentikan pada pukul 10.30 malam disebabkan cuaca buruk dan akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI