fbpx

Nor Faziera peramah, tak sangka ada yang dengki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) dibantu oleh orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di Beris Kubur Besar, Bachok kelmarin. FOTO IHSAN PENDUDUK

BACHOK – Pemilik spa dan salun kecantikan yang parah disimbah cecair dipercayai asid merupakan seorang yang peramah dan baik dengan rakan-rakan atau pelanggannya.

Rakan perniagaan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ernie, 52, berkata, perwatakan mangsa, Nor Faziera Muda, 27, juga sangat disenangi oleh masyarakat di sekelilingnya.

“Nor Faziera sangat baik dan peramah. Tidak sangka ada yang dengki dan berniat jahat sehingga sanggup menyimbah asid kepadanya.

“Setahu saya, dia tiada musuh dalam perniagaan kerana mempunyai hubungan rapat dengan ahli Persatuan Spa Kelantan (Puspak). Saya juga mengenalinya kira-kira lima tahun lalu melalui Puspak malah Nor Faziera kini dilantik ahli jawatankuasa persatuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ernie memberitahu, dia berharap suspek dalam kes itu segera ditangkap dan sudah semestinya ahli keluarga mangsa berasa masih tidak selamat sekiranya individu yang terlibat masih bebas.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang pemilik sebuah spa dan salun kecantikan cedera pada lengan selepas disimbah cecair yang dipercayai asid oleh tiga individu termasuk dua wanita yang tidak dikenali semasa berada di tingkat atas premisnya di Beris Kubur Besar di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yang masih memakai telekung selepas menunai solat maghrib berada di dalam kedainya bersama seorang anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI