fbpx

Pengharaman vape di Selangor dimuktamadkan dua bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (empat dari kiri) dan Jamaliah (empat dari kanan) bersama rakan strategik pada pelancaran SCAC hari ini. Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Keputusan untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di Selangor akan dimuktamadkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, cadangan pengharaman itu telah dibincangkan sebanyak dua kali melibatkan beberapa pihak berkepentingan seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Pejabat saya telah melaksanakan mesyuarat sebanyak dua kali (buat masa ini). Sememangnya kerajaan negeri sedang ke arah larangan vape (di negeri ini).

“Namun, kenapa kita mengambil sedikit masa adalah disebabkan perlu melihat isu ini secara keseluruhan. Ini disebabkan ada pihak yang membangkitkan isu vape bukan sahaja dijual secara fizikal tetapi juga secara ‘online’,” katanya selepas majlis pelancaran Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor (SCAC) yang disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Kata Jamaliah, kertas berkaitan akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dimuktamadkan keputusannya setelah segala perbincangan dengan pihak berkaitan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI