fbpx

Sidang Kemuncak ASEAN: 6 lebuh raya, 25 laluan ditutup bermula 23 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Enam lebuh raya dan 25 laluan utama di sekitar ibu kota dan Selangor akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penutupan laluan itu bermula 23 Mei hingga 28 Mei ini bagi memberi laluan kepada pergerakan pemimpin-pemimpin luar negara.

Bagaimanapun katanya, bermula hari ini juga pihaknya akan melakukan sesi raptai dan ‘dry run’ di sekitar laluan tersebut dan penutupan serta lencongan jalan akan dilakukan hingga 22 Mei ini.

“Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung termasuklah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching.

“Bagi lebuh raya pula, ia melibatkan Lebuh Raya Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Utara-Selatan (Kuala Lumpur- Seremban serta Sungai Buloh-Jalan Duta),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat dan Penugasan JSPT sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pulapol di sini hari ini.

Beliau berkata, laluan yang ditutup itu hanya melibatkan laluan masuk dan keluar ke ibu negara, laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Subang.

“Turut akan ditutup laluan ke Istana Negara, laluan di sekitar hotel-hotel penginapan (khususnya di pusat bandar dan Bukit Bintang),” katanya.

Tambah beliau, penutupan jalan serta lencongan secara berperingkat itu akan bermula di antara pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam.

“Setiap penutupan dijangka berlangsung di antara 30 hingga 45 minit secara berkala mengikut tarikh ditetapkan,” katanya.

Senarai jalan ditutup dan dilencongkan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN bermula 23 hingga 28 Mei bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam secara berkala

1. Jalan Tun Razak
2. Jalan Bukit Bintang
3. Jalan Ampang
4. Jalan Sultan Ismail
5. Jalan Raja Chulan
6. Jalan P Ramlee
7. Jalan Kia Peng
8. Jalan Pinang
9. Jalan Conlay
10. Jalan Stonor
11. Jalan Perak
12. Jalan Tun Ismail
13. Jalan Kuching
14. Jalan Sultan Salahuddin
15. Jalan Damansara
16. Jalan Mahameru
17. Jalan Raja Laut
18. Jalan Parlimen
19. Jalan Travers
20. Jalan Bangsar
21. Jalan Maarof
22. Jalan Syed Putra
23. Jalan Istana
24. Jalan Sungai Besi
25. Jalan Loke Yew

Lebuh Raya

1. Lebuh Raya Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
2. Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)
3. Lebuh Raya Guthrie
4. Lebuh Raya Maju Expressway (MEX)
5. Lebuh Raya Utara-Selatan (Kuala Lumpur- Seremban
6. Lebuh Raya Utara-Selatan (Sungai Buloh-Jalan Duta)

– KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI