NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban selepas kebakaran tercetus di sebuah bangunan di bandar Hyderabad, negeri Telangana, India, kata pegawai tempatan hari ini.
Kebakaran besar berlaku awal pagi ini di sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan sebuah kedai barang kemas.
Kenyataan daripada jabatan kecemasan tindak balas bencana kebakaran dan pertahanan awam di selatan negeri Telangana berkata, mereka menerima panggilan sejurus selepas pukul 6 pagi (waktu tempatan).
“Kebakaran berlaku di tingkat bawah dan merebak ke tingkat atas. Operasi memadam kebakaran, mencari dan menyelamat dijalankan serentak,” katanya.
Kenyataan itu turut menyenaraikan nama 17 individu yang kehilangan nyawa.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – AFP