fbpx

‘Jika ada rasa kosong, itu petanda sudah nekad bercerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cekal meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal, ketabahan pelakon Nur Fazura selepas bercerai menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, rasa kosong dalam diri wanita selepas bercerai menandakan seseorang itu sudah nekad dengan keputusan dibuat.

“Awak akan menjadi kuat dengan izin dan bantuan Allah. Jika ada rasa kosong, itu petanda memang sudah nekad sehabisnya.

“Itu adalah yang terbaik, sekurang-kurangnya saya boleh katakan untuk diri saya sendiri,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Fazura menzahirkan perkara tersebut bagi membalas luahan seorang netizen yang mengakui berasa kosong selepas bercerai dengan suaminya meskipun berpisah secara baik.

Wanita terbabit juga berharap dikurniakan ketabahan seperti aktres berkenaan yang dilihat mampu bangkit selepas berdepan perpisahan.

“Baru bercerai semalam secara baik. Tiada rasa apa. Kosong tetapi saya rasa lega.

“Harap saya sekuat Fazura. Ibu tunggal yang kuat sepertinya,” tulis individu terbabit.

Pada masa sama, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu mendoakan agar wanita berkenaan sentiasa berbahagia.

“Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati,” ujarnya.

Fazura dan Fattah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu selepas tujuh tahun bergelar suami isteri.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI