fbpx

Jemaah haji meninggal: Pelukan terakhir akan jadi kenangan bersama kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan Anggiat Tambunan Nordin dipeluk kakaknya Norizah Tambunan di Lapangan Tebang Antarabangsa di Senai pada 15 Mei lalu.

BATU PAHAT – Pelukan terakhir ketika menghantar arwah kakak, Norizah Tambunan Nordin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai dekat sini akan kekal menjadi kenangan terakhir keluarga sehingga ke akhir hayat.

Adiknya, Anggiat Tambunan, 44, berkata, pelukan kakaknya itu seakan-akan tidak mahu berpisah seolah-olah tahu pemergiannya untuk menunaikan Rukun Islam kelima tersebut sebagai perjalanan terakhir sebelum menemui Pencipta.

Katanya, arwah kakaknya yang masih bujang berada di bawah jagaannya kerana dia merupakan satu-satu anak lelaki daripada empat adik-beradik.

“Semasa kami berpelukan, saya sempat membisikkan kepadanya (Norizah) pesan arwah ibu kami (Azizah Othman) bahawa sebagai orang Islam perkara utama yang perlu dilakukan adalah memastikan kita selamat di dunia selamat di akhirat.

“Arwah kakak merupakan anak kedua dan dia bekerja Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Kluang. Arwah kakak menunaikan fardu haji atas tiket rombongan Kerajaan Johor,” katanya ketika ditemui di ruamh keluarganya di Kampung Low Piak, Taman Nira, Batu Pahat.

Norizah merupakan jemaah haji pertama Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung pada 16 Mei lalu.

“Walaupun sukar untuk menerima hakikat pemergian kakak, namun ahli keluarga reda apatah lagi beliau rebah dan meninggal dunia pada pukul 6.20 (waktu tempatan) sewaktu dalam perjalanan melakukan tawaf.

“Jenazah kakak disembahyangkan selepas solat Jumaat dan dikebumikan Tanah Perkuburan Sharayaa di Mekah pada hari sama,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI