fbpx

‘Hati saya sudah dimiliki’ – Chacha Maembong kahwin tak lama lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chacha mengakui hatinya kini sudah dimiliki dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR – Pelakon Chacha Maembong mengakui hatinya kini sudah ditawan namun belum bersedia berkongsi lebih lanjut tentang desas-desus bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, enggan terlalu terbuka menjaja kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu.

“Memang hati saya sudah dimiliki. Bagi menjawab persoalan betul ke saya nak kahwin tahun ini, saya rasa biarlah saya sahaja yang tahu buat masa ini.

“Bukannya apa, sebelum ini saya terlalu terbuka bercerita soal peribadi. Tetapi akhirnya tak jadi. Jadi saya tak mahulah dikatakan asyik beriya jaja kisah nak kahwin, hujung-hujung tak jadi. Saya juga yang malu nanti dan nak kena menjawab nanti.

“Tetapi kalau betul saya nak kahwin, pasti saya akan beritahu semua. Saya takkan merahsiakan perkahwinan saya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika sidang media festival Da Bomb, di sini, baru-baru ini.

Ditanya siapakah gerangan jejaka bertuah yang berjaya menambat hatinya, pelakon drama Cukup Derita itu juga belum bersedia mendedahkan identiti lelaki calon suaminya.

“Apa yang boleh saya katakan, keluarga sudah bertemu dengannya. Setakat ini saya tengok mereka tiada masalah dengannya. Saya ada ramai adik-beradik, 11 orang semuanya. Keluarga kami memang besar. Penting untuk keluarga saya restu siapa pilihan saya. Saya pun dah 29 tahun. Semua ahli keluarga saya dah berkahwin. Jadi tinggal saya sahaja yang belum kahwin,” kongsinya.

Ditanya adakah pernah timbul rasa gusar atau trauma untuk berkahwin memandangkan dalam keluarganya ada sejarah adik- beradik serta ibu bapanya sendiri pernah melalui episod keruntuhan rumah tangga, Chacha tidak pernah berasa takut untuk berkahwin.

“Saya tak pernah rasa trauma untuk berkahwin. Pada saya perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza. Pasangan kita pun berbeza. Tak bermakna kalau ibu bapa saya bercerai, adik beradik saya bercerai, saya perlu takut akan bercerai juga.

“Tetapi saya jadikan kisah hidup mereka sebagai pengajaran. Walaupun ada antara mereka yang bercerai, tetapi mereka masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas pasangan masing-masing. Itu antara nilai positif yang kami terapkan dalam keluarga.” – KOSMO! ONLINEhel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI