fbpx

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah rumah yang terbakar dan mengorbankan seorang lelaki di Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 61 tahun yang tinggal bersama ibunya gagal menyelamatkan diri sebelum terperangkap dalam kebakaran itu.

Dalam kejadian kebakaran melibatkan rumah papan dua tingkat itu, ibu mangsa berusia 83 tahun berjaya diselamatkan oleh jiran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pukul 2.35 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibat sebuah rumah kelas B yang musnah terbakar dianggarkan sebanyak 90 peratus. Setelah operasi memadam kebakaran selesai, kita menjumpai mangsa dalam keadaan rentung di bahagian dapur rumah,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI