JOHOR BAHRU – Sebatang tukul dilaporkan hilang daripada sebuah rumah susulan kejadian pecah rumah yang berlaku di Taman Perling, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 3.11 pagi semasa mangsa berada di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi mencurigakan dari arah ruang tamu.
“Mangsa bersama rakan serumahnya mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak dan mengesyaki rumah mereka telah dimasuki pencuri.
“Barang yang dilaporkan hilang adalah sebatang tukul dan mengesan kerosakan pada tombol pintu. Anggaran kerugian adalah sebanyak RM200,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang lelaki memasuki kawasan dua buah rumah dengan cara memanjat pagar. – KOSMO! ONLINE