fbpx

Mati disambar ‘penunggu’ tali air 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan operasi mencari dan menyelamat membawa mayat lelaki yang dibaham buaya. - Basarnas

JAKARTA – Seorang lelaki mati dibaham buaya ketika menyeberangi tali air bersama rakannya dalam kejadian di Pasaman Barat, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita Detik semalam. 

Kejadian berlaku di Tali Air PT Bakrie Pasaman Plantation dekat daerah Kota Balingka Selasa lalu. 

Mangsa yang dikenali sebagai Depi Parizi, 45, diserang ketika berenang sebelum badannya ditarik ke dalam air lalu hilang. 

Ketua Pos SAR Pasaman, Novi Yurandi berkata, rakan mangsa cuba menarik tangannya untuk keluar dari air tetapi gagal. 

“Mayat Depi ditemukan sehari selepas kejadian dengan menggunakan pelbagai peralatan yang ada. 

“Kami menemui mayat kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilihat kali terakhir. 

“Mayat itu dibawa ke Pusat Kesihatan Ujung Gading sebelum diserahkan kepada keluarganya,” tambah Yurandi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI