fbpx

‘Masuk neraka, macam tak pernah tengok payudara seumur hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona tidak mudah melenting apabila berdepan dengan gangguan lelaki miang.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial sensasi, Leona tidak menyokong tindakan membuli semula mana-mana individu terutama daripada kaum lelaki yang meninggalkan komen berbaur ‘nakal’ dalam akaun media sosialnya.

Menurut Leona, 22, tindakan membuli semula adalah perkara yang tidak disukainya selain dilihat menjadi trend negatif yang menular dalam kalangan netizen hari ini.

“Selalunya bila dapat komen negatif, saya hanya balas dalam hati. Cuma, kita perlu ‘moving forward’ dan jangan buli orang.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini tetapi menolak tindakan membuli semula individu lain.

“Kalau komen itu sangat mengganggu, cakap sahaja dalam hati.  Sebab kita tak perlu beri perhatian kepada golongan tersebut,” katanya dalam TikTok baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi Leona selepas melihat ramai menyokong dan menyebelahinya apabila menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki tersebut menyamar dengan menggunakan identiti orang lain dan meninggalkan komen jelek berkaitan payudaranya.

“Saya bukan jenis membaca komen netizen tetapi ada satu yang menarik perhatian ramai iaitu seorang lelaki yang meninggalkan komen jelek, bercakap tentang hal lucah.

“Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ialah adakah dia tidak pernah melihat payudara sepanjang hidupnya?

“Saya sebenarnya tidak kisah (komen netizen) tetapi saya difahamkan individu tersebut menggunakan identiti orang lain sehingga melibatkan campur tangan sebuah universiti. Saya kasihan dengan individu yang sebenar,” ujarnya.

Dalam masa sama dia menyelar tindakan penyamar tersebut selain meminta membuat permohonan maaf kepada individu lain yang terlibat disebabkan kejahatannya.

“Buat individu yang menggunakan identiti orang lain itu, pergi cari kehidupan sendiri dan berhenti berpura-pura menjadi orang lain.

“Awak tahu perkara itu salah tetapi kenapa buat juga? Tak takut dengan dosa ke?

“Saya boleh maafkan awak namun, orang lain tidak. Awak akan masuk neraka, maka jadilah individu lebih baik,” katanya lagi.

Leona bagaimanapun tidak memperincikan komen lucah yang diterimanya daripada individu tersebut.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Leona mengendalikan perkara negatif yang hadir dalam hidupnya.

“Dia seorang yang sangat bagus, bukan semua orang mampu berdepan dan membalas perkara negatif sebegini dengan tenang.

“Saya perlukan mentaliti positif sebegini. Terus jadi pempengaruh yang boleh menjadi contoh orang ramai,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI