fbpx

Nahas FRU: Undang-undang sedia ada cukup untuk hukum pemilik syarikat lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW Tahun 2024 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan undang-undang sedia ada sudah memadai untuk menghukum mana-mana pemilik syarikat dan kenderaan yang cuai sehingga terbabit kemalangan.

Menurut beliau, setiap kes kemalangan tidak hanya mengambil kira siasatan berhubung aspek kecuaian pemandu, sebaliknya pemilik kenderaan terbabit.

“Undang-undang sedia ada ketika ini mencukupi untuk menyiasat pemilik kenderaan dan tuan punya (pemilik) syarikat.

“Cuma pelaksanaannya (undang-undang) sahaja dan ianya mesti dikuatkuasakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai desakan orang ramai supaya pemilik dan syarikat lori yang terlibat dalam nahas yang meragut sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak kelmarin turut dihukum mengikut undang-undang.

Ahmad Zahid berkata, beliau difahamkan kes itu sedang disiasat dan diteliti oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI