fbpx

Love & Laugh penuhi keperluan ibu bapa moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak diasuh bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga kerohanian dan juga cara kehidupan Islamik.

PETALING JAYA – Love & Laugh International Islamic Infant Care & Preschool (Love & Laugh) bukan sekadar berfungsi sebagai pusat penjagaan awal kanak-kanak tetapi platform sesuai untuk kumpulan ini berkembang dalam persekitaran yang penuh kasih sayang, dibentuk dengan nilai-nilai Islam yang kukuh dan dilengkapi dengan pendidikan berteraskan kurikulum antarabangsa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui pengurusan baharu yang berpengalaman, fasiliti yang luar biasa, sistem keselamatan terkini dan pendekatan pendidikan yang holistik, Love & Laugh akan terus memimpin jalan dalam pendidikan awal Islamik di negara ini sekali gus menyediakan asas yang kukuh untuk masa depan anak-anak yang cemerlang.

Jelasnya, Love & Laugh adalah tempat di mana masa depan anak-anak dibina dengan asas yang kukuh dari segi akademik dan kerohanian.

“Melalui fasiliti bertaraf dunia dengan ciri-ciri keselamatan terbaik, ia menawarkan keselesaan dan keselamatan buat anak-anak, ia bukan sekadar janji, tetapi realiti yang ditunjangi oleh kemudahan yang canggih dan direka khas.

“Contohnya, adalah pada ­ruang pembelajaran mesra kanak-kanak yang mana setiap bilik pembelajaran direka de­ngan teliti, luas, terang, selamat, berpengudaraan baik dan diatur dengan susun atur yang mengga­lakkan exploratory learning.

“Anak-anak juga bebas me­neroka dan belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan bebas tekanan.

“Lebih menarik, ibu bapa boleh memantau anak mereka secara langsung melalui sistem CCTV yang dipasang di semua bilik utama,” katanya dalam ke­n­yataan semalam.

Di pusat penjagaan awal kanak-kanak ini juga terdapat ­ruang khas dan selesa untuk penyusuan dan juga Expressed Breast Milk (EBM) yang teratur dan bersih.

Selain itu, Love & Laugh memaklumkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya melibatkan akademik, tetapi juga perkembangan emosi, fizikal dan rohani.

Oleh itu, kurikulum yang ditawarkan bukan sahaja bersifat akademik tetapi juga menekankan pengajaran nilai-nilai Islam.

“Dengan menggabungkan kurikulum berasaskan tematik, QSTEAM (Quran-based Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics) serta amalan rohani harian seperti solat, zikir dan pendidikan akhlak, Love & Laugh memberikan pendidikan yang menyeluruh,” ujarnya.

Institusi ini menawarkan pelbagai program pendidikan yang disusun rapi mengikut tahap perkembangan anak iaitu Infantcare Premium (dua bulan hingga 15 bulan), playhouse (16 bulan hingga dua tahun), playschool (tiga tahun), pre-whaley (empat tahun), junior whaley (lima tahun) dan senior whaley (enam tahun)

Tambah beliau, ramai ibu bapa yang memberikan maklum balas positif terhadap pe­ngalaman mereka bersama Love & Laugh dan mereka memuji syarikat bukan sahaja mengenai kualiti pendidikan yang diterima oleh anak-anak mereka, tetapi juga nilai-nilai yang ditanamkan dalam diri anak-anak.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menerangkan, satu transformasi besar yang dilaksanakan di Love & Laugh adalah perubahan dalam pengurusan yang kini di­terajui kepakaran antarabangsa dari Singapura.

Jelasnya, dengan pengalaman luas dalam pendidikan awal kanak-kanak, pasukan baharu ini memberi nafas segar ke dalam institusi ini dengan memastikan bahawa setiap aspek pendidikan memenuhi piawaian global. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI