fbpx

Belia pemangkin masa depan negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan selamat menyambut Hari Belia Negara 2025. Foto Facebook Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa golongan belia merupakan nadi kepada masa depan Malaysia yang lebih adil, makmur dan berdaya saing.

Dalam hantaran di Facebook sempena Hari Belia Negara 2025, Anwar menyifatkan semangat, keberanian dan idealisme anak muda sebagai pemacu penting kepada pembaharuan serta pembangunan negara.

“Dalam mendepani cabaran hari ini, belia perlu tampil sebagai agen perubahan.

“Fokuskan tenaga dan kepakaran untuk menangani isu-isu rakyat, menolak salah guna kuasa, serta memperjuangkan kebenaran dan keadilan,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan belia yang celik ilmu, berprinsip dan memiliki wawasan jelas, bukannya terperangkap dalam polemik remeh yang boleh memecahbelahkan.

“Kerajaan komited memperkasa belia dari pendidikan ke peluang pekerjaan, dari inovasi ke kepimpinan.

“Masa depan negara dibina bersama generasi muda yang berani dan berintegriti,” tambahnya.

Perdana Menteri menyeru belia agar terus melangkah ke hadapan dan berperanan aktif dalam menentukan masa depan negara.

“Masa depan Malaysia bermula dengan anda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI